MAMA, PAPA!!!

Mama, Papa
Kau berdua insan yang amat berharga dalam hidupku
Harta yang paling istimewa telah Tuhan berikan kepadaku
love so much
Aku amat hargainya selama hidupku
Terima kasih YA ALLAH!

Aku amat bersyukur padamu YA ALLAH
Hari-hari dalam hidupku sentiasa ceria
Kerana hadirnya dua orang insan yang sangat berharga
Walaupun duka sering hadir walau hanya sesaat
Tapi ia tak terasa olehku
Kerana aku tetap bahagia disamping dua insan
yang bernama Mama dan Papa

Mama, Papa
Aku ingin ucapkan beribu ucapan terima kasih
Kerana telah membesarkanku tanpa merasa
penat dan lelah
walau bagaimanapun aku tahu
Mama dan Papa telah menjalani hidup
dengan penuh berliku-liku untuk
membesarkan dan mendidik aku hingga ke hari ini

YA ALLAH
Kau kuatlah semangat dan bekalkanlah mereka kekuatan
Untuk menempuh dan menghadapi dugaan yang mendatang
Di dunia jua di akhirat kelak
Doaku juga sentiasa mengiringi Mama dan Papa
Walau di mana jua dirimu berada


Ketahuilah MAMA, PAPA
Anakmu ini sangat kasih, cinta dan
sayangkan Mama dan Papa
Anakmu ini juga tidak ingin lagi melihat
Mama dan Papa berduka dan bersedih
Cukuplah penderitaan selama bertahun-tahun
MAMA, PAPA hadapi

Mama, Papa
Adalah dua insan yang aku cintai
Hingga akhir hayatku
Juga penawar segala kesenangan dan dukaku
Mama dan Papa jualah kekasih hatiku
Di dunia dan di akhirat kelak
Sehingga hujung nafasku...
                                                                                                                                     nukilan: zalieyz22

Popular Posts